UMAT Islam diseru melengkapkan keluarga dengan kestabilan ekonomi, ilmu pendidikan dan nilai-nilai murni bagi menangani cabaran hidup dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura.
Membuat seruan sedemikian, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram berkata pembangunan keluarga perlu ditekankan kerana "masih banyak yang perlu diusahakan" untuk membawa masyarakat Islam ke tahap pencapaian yang lebih tinggi.