Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti sampaikan tazkirah sempena Maulidur Rasul

Dec 02, 2017 | 08:17 PM



Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram telah menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Denganmu Ya Rasulullah, Kami Mengenali Cinta’ sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid An-Nur di Marsiling petang tadi (2 Disember).



Dalam tazkirah yang dihadiri sekitar 1,500 jemaah itu, Dr Mohamed Fatris menerangkan bahawa cinta yang diajar oleh Nabi saw ialah cinta yang memupuk rasa hormat dan perasaan menginginkan kebaikan sesama manusia.



Sepanjang tazkirah sekitar 20 minit itu, beliau berkongsi beberapa kisah Rasulullah yang mencerminkan sifat cinta luar biasa-Nya itu.



Acara itu turut dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Acara yang diserikan dengan bacaan Al-Quran serta selawat beramai itu turut dihadiri Ketua Eksekutif, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Maricar, kakitangan Muis serta penduduk Marsiling dan Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >