Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti ucap Selamat Tahun Baru kepada masyarakat Cina

Feb 14, 2018 | 11:10 PM



MUFTI Dr Mohamed Fatris Bakaram mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Singapura.



Menulis dalam surat yang dikirimkan ke pihak media Rabu (14 Feb), Dr Mohamed Fatris berkata sebagai  wakil kepada masyarakat Islam Singapura, beliau dengan sukacita mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Singapura.



"Kami amat bertuah kerana dikurniakan keamanan, kemakmuran dan talian persahabatan yang kukuh antara semua masyarakat beragama dan kumpulan etnik di Singapura," katanya lagi.



Dalam suratnya itu, Mufti juga menarik perhatian bahawa "hubungan dan perpaduan sosial yang baik" tidak berlaku dengan sendirinya.



Ini menurut beliau dicapai menerusi kegigihan pemimpin masyarakat dan agama dalam memperjuangkan keamanan dan keharmonian, selain bekerja tanpa henti untuk mempertingkatkan persekitaran sosial yang harmoni yang dapat dinikmati hari ini.



Sehubungan dengan itu, Mufti menekankan budaya perpaduan yang telah dibangunkan generasi perintis Singapura perlu disemaikan dalam pemimpin muda.



Beliau menambah banyak usaha yang dilaksana untuk menyediakan wadah bagi meyatukan belia dari pelbagai latarbelakang. Ini termasuk acara yang diadakan di Pusat Harmoni Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) minggu lalu sempena Minggu Keharmonian Silang Agama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.



Dr Mohamed Fatris juga menggariskan komitmen masyarakat Islam dalam membangunkan negara yang bersatu padu.



"Sebagai sebahagian daripada keluarga Singapura yang lebih besar, kami berdiri teguh bersama masyarakat-masyarakat yang lain untuk terus membina Singapura yang bersatu padu demi generasi akan datang," kata beliau.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >