PERSATUAN Muhammadiyah akan menganjurkan acara golf amal untuk mengumpul dana bagi Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) dan Pusat Kesihatan dan Penjagaan Siang Hari untuk Warga Emas (MHCC).
Pengerusi acara golf amal itu, Encik Najib Amin Sahib, berkata Persatuan Muhammadiyah berharap dapat mengumpulkan sebanyak $200,000 melalui acara itu.