Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAKAF MASYARAKAT SINGAPURA (WMS)

Muis: 16 masjid sertai projek perintis pelaburan wakaf

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 16 masjid di daerah barat telah menandatangani komitmen mereka untuk menyertai satu projek perintis bagi menghasilkan satu saluran pendapatan lebih baik bagi sektor tersebut dan memulakan satu inisiatif wakaf masyarakat negara ini.



Diberi nama Pelan Pelaburan Wakaf Masjid (MoWIP) - ia distrukturkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi memulakan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).



MoWIP bertujuan menyediakan pulangan lebih baik bagi menambah dana masjid, lantas mengukuhkan rizab mereka bagi membantu masjid menjadi lebih berdaya tahan dari sudut kewangan untuk menghadapi keperluan masa hadapan, seperti memperbaharui pajakan masjid.



Platform MoWIP akan menyatukan bersama dana-dana sumbangan masjid untuk dilaburkan dalam produk pelaburan yang patuh syariah (SCIP) sebagai satu sektor.



Muis akan bertindak selaku pentadbir bagi memastikan pulangan yang optimum. Pulangan bersih daripada pelaburan MoWIP akan diagih kepada masjid yang menyumbang. Sebahagian akan juga disalur kepada korpus WMS bagi memulakan inisiatif tersebut.



Menerusi projek ini, masjid daripada daerah barat sedang bergerak ke arah menjadi penyumbang institusi perintis WMS.



Projek perintis Muis bantu biaya keperluan masjid secara mampan



WMS merupakan satu dana endowmen yang dihasilkan bagi menyokong tiga inisiatif - institusi agama; pembangunan asatizah; dan program masyarakat.



Menyatakan demikian dalam satu kenyataan semalam, Majlis Ugama Islam (Muis) menyatakan bahawa masjid merupakan penerima utama di bawah WMS, yang akan menyokong terutamanya keperluan utama masa hadapan.



Platform MoWIP sebagai tambahan kepada WMS akan membantu masjid membiayai keperluan jangka panjang mereka secara mampan.



Satu majlis menandatangani MoWIP telah berlangsung pada 9 Disember lalu di Masjid Hasanah menyusuli pendekatan selama beberapa bulan oleh Muis dengan kelompok masjid daerah barat bagi menstrukturkan MoWIP dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan masjid.



Bercakap di majlis tersebut, Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, mengucapkan penghargaan beliau terhadap para pemimpin masjid di atas sokongan mereka terhadap MoWIP dan menantikan kerjasama dengan sektor tersebut bagi memimpin pembangunan WMS.



Beliau berkata: "Bersama, pulangan daripada MoWIP dan WMS akan menjadikan masjid kita lebih berdaya tahan dari sudut kewangan bagi menghadapi keperluan masa hadapan.



"WMS bertujuan menyokong keperluan masyarakat kita, terutamanya yang tidak dilindungi di bawah dana masyarakat berstruktur seperti Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) serta zakat.



"Saya teruja melihat sokongan hebat daripada daerah barat, menjadi penggerak pertama bagi MoWIP dan penyumbang institusi pertama kepada WMS."



Dalam 30 hingga 50 tahun akan datang, banyak masjid, terutamanya yang dibina di bawah MBMF, akan melihat pajakan mereka luput.



Sedang MBMF membiayai pembangunan masjid baru dan menyokong sebahagian peningkatan masjid sedia ada, ia tidak meliputi pembaharuan pajakan.



Timbalan Superintenden Masjid (Daerah Barat), Ustaz Dr Suhaimi Mustar, melahirkan penghargaannya terhadap semua 16 masjid serta Lembaga Pengurusan Masjid kerana menyokong inisiatif MoWIP yang memberi manfaat secara bersama kepada masjid dan WMS.



Dr Suhaimi menambah bahawa beliau menantikan kerjasama yang rapat dengan kesemua pengerusi masjid yang turut serta dan Muis akan memastikan MoWIP boleh menghasilkan pulangan yang diinginkan bagi masjid dan masyarakat, di sebalik pasaran kewangan yang tidak menentu.



Dalam kenyataan itu juga, Muis menyatakan bahawa ia akan memantau pelaksanaan projek perintis MoWIP dan meluaskan inisiatif itu kepada daerah masjid lain dalam beberapa bulan mendatang.



Sebagai sebahagian daripada objektif WMS, Muis akan memperkenalkan satu platform digital bagi melengkapkan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan perancangan harta dan warisan.



Muis juga akan menganjurkan Seminar Perancangan Harta dan Warisan Islam pada 4 Februari akan datang untuk mempertingkatkan kesedaran tentang bagaimana masyarakat boleh menguruskan harta mereka secara lebih baik demi kebaikan masyarakat.



Ini termasuk menerusi sumbangan kepada WMS. Seminar tersebut dibuka kepada orang ramai.




"Bersama, pulangan daripada MoWIP dan WMS akan menjadikan masjid kita lebih berdaya tahan dari sudut kewangan bagi menghadapi keperluan masa depan.



WMS bertujuan menyokong keperluan masyarakat kita, terutamanya yang tidak dilindungi di bawah dana masyarakat berstruktur seperti Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF) serta zakat."



- Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam (Muis), Encik Kadir Maideen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >