Muis agih $1.74 juta Bonus Ramadan hasil kutipan zakat

NUR ADILAH MAHBOB

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) mengagihkan Bonus Ramadan bernilai sekitar $1.74 juta kepada 12,624 penerima tahun ini.

Jumlah agihan itu merupakan kenaikan 20 peratus berbanding tahun lalu yang berjumlah $1.45 juta, kata Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar.

Penerima Bonus Ramadan terdiri daripada penerima bantuan bulanan Muis serta keluarga mereka, penduduk rumah kebajikan, penerima zakat Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) dan penerima bantuan jangka panjang ComCare.

Setiap orang menerima $100 hingga $120 , bergantung kepada bilangan ahli keluarga penerima.

"Berkat kemurahan hati masyarakat Islam Singapura, dan kutipan zakat yang bertambah, Muis terus berupaya memperuntukkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," ujar Haji Abdul Razak semasa berucap di majlis pengagihan Ramadan di Hab Islam Singapura di Braddell Road tadi.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.