MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) akan memberi geran $250,000 sepanjang lima tahun mulai tahun depan kepada Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) bagi menyokong usahanya mencegah penularan fahaman melampau dan mengendalikan pusat sumbernya.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semalam berkata selain memanfaatkan geran itu, RRG perlu memikirkan pelan jangka panjang bagi meneruskan bukan saja program mencegah penularan fahaman melampau, bahkan mengekalkan keharmonian di negara ini.