Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis beri jaminan produk halal, daging korban jelang musim haji

May 16, 2022 | 07:12 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus kekalkan keyakinan orang ramai terhadap daging atau produk halal yang diimport oleh syarikat dan pengilang yang mendapat pensijilannya di Singapura, serta daging penyembelihan sempena musim Korban akan datang yang akan dijalankan di Australia dan dagingnya diterbangkan ke sini.



Menyatakan demikian berikutan langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggantung kelulusan loji  penyembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia, berkuat kuasa serta-merta, Muis juga menggesa masyarakat agar tidak membuat spekulasi atau menyebar maklumat yang tidak disahkan berkaitan isu itu sedang siasatan berlangsung.



Dalam kenyataannya pada Isnin (16 Mei), Muis berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk mendapatkan maklumat relevan berkaitan loji penyembelihan itu daripada Jabatan Pertanian, Air dan Sekitaran (DAWE) Australia.



“Muis difahamkan berkaitan kenyataan media bersama oleh Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) pada 14 Mei lalu mengenai penggantungan kelulusan penyembelihan bagi sebuah loji penyembelihan Australia dengan serta-merta sehingga satu siasatan menyeluruh dilakukan berhubung dakwaan tidak mematuhi piawai yang serius.



“Kami sedar bahawa loji penyembelihan yang dimaksudkan, Thomas Foods International Lobethal, diiktiraf SFA untuk mengeksport daging ke Singapura.



“Berdasarkan pemeriksaan SFA, import yang dilakukan ke sini telah mematuhi keperluan keselamatan makanan.



“Daging yang disembelih dan/atau diproses di loji penyembelihan ini diberi pensijilan halal oleh Majlis Islam Utama bagi Daging Halal di Australia (SICHMA).



SICHMA disenaraikan sebagai salah satu Badan Pensijilan Halal Asing (FHCB) di bawah rangka kerja yang diiktiraf sebelum ini dan telah membuat permohonan baru bagi pengiktirafan di bawah rangka kerja FHCB Muis yang dipertingkat dan diperkenalkan baru-baru ini.



Keputusan Muis mengenai pembaharuan permohonan SICHMA untuk diiktiraf belum selesai.



Sekiranya hasil siasatan menunjukkan terdapat kesilapan serius oleh SICHMA, Muis mungkin mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui permohonan SICHMA bagi pengiktirafan FHCB-nya. 



“Muis ingin meyakinkan masyarakat bahawa ia komited bagi memastikan keperluan diet masyarakat Muslim setempat terus dipenuhi.



“Kami akan terus kekalkan keyakinan awam berkaitan daging atau produk halal yang diimport yang digunakan syarikat makanan dan pengilang yang diberi pensijilan oleh kami di Singapura, serta daging sembelih sempena musim Korban akan datang yang akan berlangsung di Australia dan dagingnya diterbangkan ke sini.



“Muis juga ingin menggesa masyarakat agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan berkaitan hal ini sedang siasatan berjalan,” tambah kenyataan itu lagi.





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >