Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus mempertingkatkan sektor madrasah dengan membangunkan sebuah rangka kerja baru.
Rangka kerja baru yang dikenali sebagai Rangka Kerja Guru Berkemahiran itu bertujuan membolehkan madrasah dan asatizah memantau pembangunan mereka sendiri menerusi sebuah panduan.
Sejauh ini, 94 peratus ataupun 200 asatizah telah pun melalui latihan profesional - satu peningkatan berbanding hanya 16 peratus pada 2003.