Muis galak erat hubungan keluarga sempena Ramadan

KELUARGA menjadi teras kempen 'Sentuhan Ramadan' tahun ini dengan pelbagai program dirancang bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Antaranya termasuk forum 'Bicara Keluarga' yang akan mengongsi peri penting sokongan keluarga, dan 'Qiyam Keluarga' di masjid yang membolehkan keluarga meluangkan masa bersama, menimba pengetahuan baru dan meningkatkan ibadah sekeluarga.

Dengan tema 'Ramadan Bersama Keluarga', kempen Ramadan tahun ini membawa tiga mesej utama iaitu mencari ilmu, mengukuhkan institusi keluarga dan menyebarkan rahmah sebagai sebuah masyarakat.

Mendedahkan perincian kempen kali ini, Pengerusi Sentuhan Ramadan, Ustaz Muhd Hafiz Abdul Rashid, dalam satu sidang media petang tadi berkata beliau berharap di hujung kempen hubungan antara keluarga menjadi lebih erat.

"Dalam bulan Ramadan keluarga berpeluang makan dan solat bersama. Ini adalah peluang baik untuk mereka mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mudah-mudahan selepas Ramadan, mereka akan terus berusaha mengukuhkan jalinan keluarga," kata Ustaz Muhd Hafiz.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.