Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis hantar staf ikuti kursus pastikan proses pemerolehan lebih kemas

Apr 03, 2014 | 06:59 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah menghantar semua kakitangannya - daripada kerani ke ketua eksekutif - untuk menghadiri kursus pemerolehan yang dijalankan Kolej Perkhidmatan Awam (CSC).


Ia juga telah menubuhkan sebuah jabatan pemerolehan khusus baru demi memastikan kecuaian dalam proses pemerolehan tidak berulang.


Langkah-langkah tersebut dilaksana menyusuli dapatan satu panel bebas yang mendapati Muis gagal mengikuti peraturan pemerolehan pemerintah, tetapi ini lebih disebabkan kakitangan mereka yang kurang cekap selain sekitaran pemerolehan yang lemah.


Panel yang menyiasat proses pemerolehan Muis itu juga tidak menemui sebarang bukti salah laku kakitangannya atau kecuaian yang disengajakan.


Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar, berkata sejak kecuaian tersebut dikesan, pihaknya telah melakukan banyak kerja pembetulan, khususnya bagi memperkukuh prosedur pemerolehan dan menguatkan sistem ketelusan dan pentadbiran.


Antara lain, Muis dikesan cuai berhubung penilaian empat tender kerja pembinaan berharga $17.38 juta apabila tujuh daripada lapan kriteria penilaian tidak didedahkan kepada bakal penender.


Ia juga memberi maklumat tidak tepat kepada penguasa yang meluluskan harga taksiran bagi lima taksiran berjumlah $140,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >