Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis komited pastikan tahap tinggi tadbir urus, kebertanggungjawaban

Jul 10, 2021 | 09:33 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan surat terbuka bagi menegaskan komitmennya untuk terus menegakkan tahap tertinggi integriti dalam tadbir urus lembaga tersebut tanpa sebarang ruang bagi apa jua bentuk penipuan atau rasuah.


Dalam surat terbuka yang menjelaskan dan menyangkal beberapa dakwaan tidak berasas terhadap Muis baru-baru ini, Ketua Eksekutif Muis Esa Masood berkata Muis akan terus melindungi dan meneguhkan lagi institusi agama di sini agar dapat terus berkhidmat kepada masyarakat, lebih-lebih lagi dalam tempoh yang rumit dan mencabar sekarang.


Surat terbuka itu diberikan kepada pemimpin masyarakat dan pihak berkepentingan, termasuk pemimpin masjid dan madrasah serta asatizah, untuk menggariskan kedudukan Muis berhubung tadbir urus yang baik dan ketelusan, pada Sabtu (10 Julai).



Antara lain, Encik Esa berkata, sebagai institusi awam, Muis amat menitik beratkan tahap integriti yang paling tinggi bagi semua pegawainya serta piawaian yang sama bagi pemimpin sukarelawan masjid.



“Krisis Covid-19 ini mendorong kami untuk bermuhasabah dan melihat bagaimana kita dapat terus berikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di tengah-tengah perubahan, termasuk memeriksa kembali dan mengemaskinikan sistem dan proses kami.



“Ini mendorong kami untuk mempertingkat lagi perkhidmatan serta pendekatan masyarakat Islam Singapura,” ujarnya.



Tambahnya, matlamat utama Muis adalah untuk bekerjasama dengan pemimpin, kakitangan dan sukarelawan di masjid dan madrasah untuk memperkasa dan meningkatkan lagi kepercayaan masyarakat terhadap Muis serta memenuhi keperluan masyarakat Islam di Singapura.


“Dari krisis ini, kita mesti bangkit bersama-sama dengan lebih kukuh dan bersemangat.


“Ini adalah amanah kami kepada diri kami sendiri, masyarakat kita dan akhirnya kepada Pencipta kita,” kata Encik Esa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >