MODEL di mana sebuah masjid sedia ada menampung jawatankuasa dan kegiatan masjid lama yang perlu memberi laluan kepada pembangunan akan terus ditinjau secara lebih mendalam bagi memastikan sejarah masjid lama dikekal, kata Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
Katanya, meskipun peritiswa merobohkan masjid lama "sesuatu yang sedih bagi masyarakat Islam" setempat, model tersebut mampu memastikan semangat dan kegiatan masjid lama dapat terus dihidupkan dan memberi manfaat yang lebih baik kepada jemaah.