Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Muis: Umat Islam boleh guna vaksin Covid-19

Dec 13, 2020 | 08:31 PM



VAKSIN Covid-19 boleh digunakan masyarakat Islam kerana tujuan memperkenalkan vaksin itu dan proses penghasilannya secara dasar berlandaskan prinsip dan nilai-nilai syariat Islam, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Dalam irsyad yang dikeluarkan Pejabat Mufti pada Ahad (13 Dis), Muis menyatakan pendekatan lebih menyeluruh perlu diambil dalam panduan agama berhubung vaksin Covid-19 dan “bukan hanya tertumpu kepada isu halal atau haram bahan-bahan yang digunakan sahaja”.



Ia menjelaskan bahawa Islam sangat menitik beratkan kesucian nyawa dan keselamatan serta melindungi kehidupan pada setiap masa. 



Justeru, setiap usaha melindungi nyawa manusia daripada sebarang jenis bahaya dan kemudaratan, seperti penghasilan vaksin dalam suasana pandemik, sangat digalakkan dalam agama.



“Kami ingin menasihati dan menganjurkan agar masyarakat Islam mengambil vaksin tersebut apabila ia tersedia ada dan telah diluluskan sebagai selamat dan berkesan. Ia merupakan satu keperluan asas untuk melindungi nyawa manusia dalam konteks penularan wabak yang berlaku di peringkat global,” kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >