Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mula dengan buat komputer sendiri, kini saintis analitik data

May 05, 2018 | 05:30 AM



SEJAK berusia 17 tahun, Dr Sari Shafidah Shafi'ee sudah gemar membangunkan sendiri komputernya, malah membantu teman lain untuk membangunkan komputer mereka.



Kini, dengan kepakaran khusus dalam analitik data, beliau yang merupakan seorang saintis data, membantu syarikat lain pula untuk membangunkan huraian analitik bagi mempertingkat kecekapan dan produktiviti operasi.



Dr Sari, 31 tahun, adalah antara segelintir saintis data yang memiliki kepakaran dalam bidang analitik data di Institut Pengkomputeran Prestasi Tinggi (IHPC) di bawah Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).



Sejurus lulus dengan ijazah dalam kejuruteraan elektrikal dan elektronik di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), beliau memulakan kerjaya sebagai penyelidik jurutera dengan Institut Simpanan Data (DSI) A*Star.



Dalam masa enam tahun bersama DSI, Dr Sari menerima biasiswa A*Star untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat doktor falsafah dalam bidang pemprosesan isyarat bagi industri simpanan data.



Menceritakan pengalamannya berkecimpung dalam bidang itu, anak ketiga dalam empat beradik itu berkata minatnya berputik sejak usia muda.



"Sejak di bangku sekolah, saya memang suka sains dan komputer.



"Bahkan, saya tidak pernah membeli komputer sebab saya sendiri akan membeli peralatan dan bahagian komputer dan membinanya sendiri selepas belajar sendiri di YouTube.



"Keluarga saya pada mulanya tidak ambil serius, tetapi bila mereka dapati yang komputer saya bina itu benar-benar boleh beroperasi, barulah mereka percaya dengan kebolehan saya," ujarnya yang membina dua komputer peribadi pada masa itu.



Selepas sekitar enam tahun menjadi penyelidik jurutera yang tertumpu kepada simpanan data seperti perkakasan komputer, Dr Sari sedar teknologi semakin berubah.



"Pada ketika itu, saya lihat perkembangan teknologi jalani banyak perubahan.



"Jadi saya putuskan untuk tidak hanya tertumpu pada industri simpanan (data) tetapi juga industri pengangkutan dan pengilangan," tambahnya yang sudah berumah tangga.



Sebagai saintis data sejak lebih setahun lalu, Dr Sari bekerja rapat dengan rakan industri seperti syarikat berbilang negara, dalam beberapa projek berkaitan analitik



Tahun lalu, beliau telah dipadankan dengan sebuah syarikat kecil dan sederhana (SME), InnoArk Pte Ltd, bagi tujuan membangun alat pengurusan mutu bijak bagi proses pembungkusan barangan pengguna pantas bergerak (FMCG).



Ini adalah sebahagian Skim T-Up - yang memberi perniagaan bantuan bagi proses kajian dan pengembangan dengan memadankan saintis sesuai dengan syarikat untuk menyediakan kepakaran teknikal.



Dr Sari telah mula bekerja rapat dengan InnoArk - yang membangunkan sofwe jaminan mutu untuk syarikat lain - sejak Ogos tahun lalu, dengan memahami cabaran mereka dan mencari huraian khusus.



Antara matlamat kerja sama itu ialah memanfaatkan data yang ada dan menggunakan analitik ramalan bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan proses pembungkusan klien.



Pengarah Akaun Pelanggan InnoArk, Encik Chong Von Kee, berkata kerjasama dengan Dr Sari amat memberi manfaat.



"Sebenarnya Dr Sari telah membuka minda kami dan mendedahkan kami kepada pengetahuan baru.



"Dengan bantuannya, kami telah menghasilkan huraian yang menggunakan analitik ramalan, yang boleh membantu pelanggan kami melakukan penilaian mutu dengan lebih berkesan," terang beliau.



Huraian itu yang akan diuji pada suku ketiga tahun ini, dijangka dapat mengurangkan kos perniagaan minimum 5 hingga 10 peratus.



Kadar produktiviti juga ditingkatkan dengan mengurangkan tempoh proses kerja secara purata, 30 hingga 50 peratus.



Skim T-Up, adalah antara program yang dimanfaatkan banyak SME, dan bakal ditampilkan semasa acara Hari SME pada bulan ini.



"Sebenarnya Dr Sari telah membuka minda kami dan mendedahkan kami kepada pengetahuan baru. Dengan bantuannya, kami telah menghasilkan huraian yang menggunakan analitik ramalan, yang boleh membantu pelanggan kami melakukan penilaian mutu dengan lebih berkesan."
- Encik Chong Von Kee, Pengarah Akaun Pelanggan InnoArk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >