SEJAK usia semuda 14 tahun, Encik Najib Ninaba sudah tahu yang beliau mahu 'bekerja dengan komputer' apabila dewasa nanti.
Minatnya dalam teknologi menyerlah - beliau meluangkan masa lapang di perpustakaan membaca tentang sistem operasi Linux dan 'menggodek' komputer pertama yang dihadiahkan ayahnya.