Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mula kerja sambilan kini usahawan kopi

Mar 24, 2018 | 05:30 AM



UMURNYA baru 34 tahun tetapi beliau sudah pun mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam industri kopi.



Apa yang bermula sebagai kerja sambilan kini menjadi sumber utama pendapatannya.



Bermula sebagai barista di Melbourne pada 2004 ketika beliau menuntut di Universiti RMIT, Encik Ahmad Hidayat Ahmad Safiee, kini usahawan kopi dengan syarikat yang ditubuhkannya sendiri, Latorre & Dutch.



Syarikat tersebut membeli dan memproses biji kopi dari merata dunia seperti dari Columbia dan Guatemala.



Bapa dua orang anak yang berusia empat dan enam tahun itu merupakan salah seorang daripada 19 peserta Kejohanan Barista Kebangsaan Singapura 2018 yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Expo Marina Bay Sands.



Kejohanan tersebut adalah sebahagian dari Cafe Asia 2018 yang bertujuan memupuk kolaborasi baru, meneroka peluang serta mengetengahkan trend terkini dalam industri kopi, teh serta pastri dan kek.



Pemenang kejohanan berpeluang mewakili Singapura dalam Kejohanan Barista Sedunia.



Ini bukan kali pertama Encik Ahmad Hidayat menyertai kejohanan barista itu.



Beliau muncul di tempat ketiga teratas setiap kali bersaing sejak 2008, kecuali pada 2010 dan 2011 di mana beliau dipanggil sebagai juri.



Berkongsi pengalamannya, Encik Ahmad Hidayat berkata kejohanan tersebut bukanlah mudah.



Peserta harus menyiapkan 12 jenis minuman kopi dalam masa 15 minit dan meyakinkan juri bahawa kopi buatan merekalah yang terbaik.



"Banyak tekanan yang kita hadapi. Rasa kopi harus tepat dan baik dan pada masa yang sama waktu yang diberikan sangat singkat.



"Sudah tentu banyak masalah yang boleh dan telah pun kita hadapi sebagai barista yang bersaing - minuman tumpah, cawan pecah, lupa skrip dan sebagainya!" kongsi beliau.



Seorang lagi anak muda Melayu yang turut mengambil bahagian ialah Encik Muhd Luqman Hakim Omar, 29 tahun.



Barista bebas itu yang memiliki pengalaman lima tahun merupakan salah seorang pesaing Kejohanan Cup Tasters Singapura 2018.



Encik Muhd Luqman turut berkongsi cabaran yang dihadapi sebagai seorang barista.



Jari-jemarinya pernah melecur dek wap yang digunakan bagi memanaskan susu.



Namun, minat yang mendalam terhadap kopi membuat kededua Encik Ahmad Hidayat dan Encik Muhd Luqman meneruskan "perjuangan" dalam industri tersebut.



Cafe Asia 2018 berlangsung dari 22 hingga 24 Mac di Hall B Pusat Konvensyen dan Expo Marina Bay Sands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >