Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murali menang di Bukit Batok

May 08, 2016 | 05:30 AM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) berjaya mempertahankan kerusinya di kawasan undi perseorangan (SMC) Bukit Batok selepas calonnya, Encik Muralidharan Pillai, menang dalam pilihan raya kecil SMC itu dengan majoriti 61.2 peratus undi.



Beliau mengatasi calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, yang menerima 38.8 peratus undi.



Encik Murali menerima 14,428 undi menakala Dr Chee mendapat 9,142 undi.



Seramai 24,192 orang membuang undi, termasuk 622 undi rosak.



Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya Encik Ng Wai Choong.



Dalam satu sidang akhbar sebentar tadi (lewat Sabtu malam), Encik Murali berkata beliau teruja dengan kemenangan tersebut.



Menurutnya, beliau akan memberikan khidmat kepada semua penduduk, walaupun ada daripada mereka yang tidak mengundinya.



Encik Murali berkata, beliau akan memulakan tugasnya esok kerana beliau mempunyai agenda dan rancangan untuk  penduduk Bukit Batok.



"Banyak yang perlu dilakukan. Saya akan memulakannya esok," kata beliau.



Encik Murali juga juga mengalu-alukan penduduk di kawasan undi itu untuk bersama-samanya dalam memenuhi pelbagai inisiatif yang akan dilaksanakannya.



Mengenai pesaingnya, Encik Murali berkata Dr Chee dan SDP telah menjalankan kempen yang teratur.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Chee Soon Juan dan SDP," tambah beliau.



Dr Chee pula telah mengucapkan tahniah kepada Encik Murali.



Kepada para penduduk Bukit Batok, Dr Chee berkata: "Saya berharap anda dapat mengenali saya di masa akan datang... dan kita akan mempunyai tahun-tahun mendatang yang lebih baik". 



Pilihan Raya Kecil Bukit Batok diadakan selepas wakil PAP, Encik David Ong, meletak jawatan  ekoran pendedahan berkaitan dakwaan hubungan sulitnya dengan seorang aktivis akar umbi Mac lalu.



Dalam Pilihan Raya Umum 2015 (GE2015), PAP yang diwakili Encik Ong menang lebih 70 peratus dalam pertandingan tiga penjuru.



Encik Murali, 48 tahun, dan Dr Chee, 53 tahun, pula merupakan hanya dua calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini.



SMC Bukit Batok mempunyai 25,727 pengundi yang berdaftar.



Dalam kempen selama sembilan hari, Encik Murali, mantan pengerusi cawangan PAP di Bukit Batok dan pernah bertanding dalam GE2015 di GRC Aljunied, telah berikrar untuk melancarkan beberapa inisiatif bagi penduduk di kawasan undi itu.



Dr Chee, yang merupakan setiausaha agung SDP pula berjanji mahu menjadi Anggota Parlimen (AP) sepenuh masa dan menguruskan sebuah majlis bandaran yang lebih baik daripada yang diruruskan PAP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >