BAKAL calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi pilihan raya kecil Bukit Batok, Encik K. Muralidharan Pillai, meneruskan usahanya mengenali penduduk dengan lebih rapat dan mesra menjelang pilihan raya kecil pada 7 Mei ini.
Beliau terus mengadakan lawatan ke rumah penduduk selain berinteraksi bersama mereka di tempat awam seperti di kedai kopi.