Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murali umum rancangan bagi penduduk Bukit Batok

Apr 26, 2016 | 02:36 PM



CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi pilihan raya kecil Bukit Batok mendedahkan rancangannya bagi kawasan undi perseorangan itu dalam satu sidang media pada Selasa (26 April).



Antara rancangan Encik Murali Pillai, 48 tahun, ialah pembentukan sebuah koperatif penjagaan kesihatan bagi penduduk warga tua agar mereka boleh membeli barang-barang seperti kateter dan vitamin pada kos lebih rendah, dan program penempatan pekerjaan bagi membantu penduduk menganggur mencari kerja dengan lebih cepat.



Encik Murali juga berkata jika dipilih, beliau akan berusaha mendapatkan pembayaran ElderShield lebih tinggi, yang kini $400 sebulan. ElderShield ialah skim insurans nasional bagi yang mempunyai ketidakupayaan teruk.



Program-program itu tambahan kepada 22 yang kini disediakan PAP, pertubuhan akar umbi dan pertubuhan tidak mencari untung, katanya.



Menjawab soalan apakah program-program tersebut akan diteruskan jika beliau tidak terpilih, Encik Murali berkata ia "bergantung pada Anggota Parlimen, yang memutuskan mengenai program yang boleh memberi manfaat kepada penduduk".



Beliau akan menghadapi Dr Chee Soon Juan daripada Parti Demokratik Singapura (SDP) dan mungkin tiga calon lain pada pilihan raya kecil pada 7 Mei itu.



Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.



Encik Tharman memberitahu pemberita beliau terkejut membaca kenyataan Dr Chee sebagai respons kepada cadangan Encik Murali Ahad lepas hendak membina sebuah taman tiga generasi baru, sebagai sebahagian daripada projek menaik taraf bernilai $1.9 juta.



Dr Chee berkata beliau perlu berunding dengan penduduk sebelum mengambil sembarang projek mahal.



Encik Tharman berkata rancangan-rancangan itu hasil perundingan selama berbulan yang bermula tahun lalu, dan "tidak perlu iri hati terhadap PAP" kerana telah melakukan kerja rumah mereka.



"Jika anda memerlukan lebih banyak masa (untuk berunding dengan penduduk), katanya saja. Tidak perlu marah-marah," katanya.



Encik Tharman berkata sekiranya Encik Murali dipilih, penduduk Bukit Batok akan menikmati perkhidmatan sebuah majlis bandaran - Jurong-Clementi - yang mempunyai "rekod prestasi baik".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >