Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Murid pekak belajar bersama murid lain di Sekolah Rendah Mayflower tahun depan

Sep 16, 2017 | 05:20 PM



Mulai tahun depan, murid di sekolah rendah aliran biasa akan belajar bersama murid pekak yang menggunakan bahasa isyarat.



Sekolah Rendah Mayflower di Ang Mo Kio akan mengambil sehingga tujuh murid yang kehilangan pendengaran dalam kohort darjah satunya tahun depan.



Sekolah itu merupakan sekolah rendah pertama yang telah ditetapkan untuk menerima murid yang mempunyai masalah kehilangan pendengaran sederhana hingga tahap lanjut.



Sekarang ini, golongan murid yang mempunyai masalah sedemikian bersekolah di sekolah pendidikan khas Lighthouse School atau Canossian School.



Bercakap di pelancaran Minggu Kehilangan Pendengaran Antarabangsa tengah hari tadi, Menteri Negara Kanan (Pendidikan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Dr Janil Puthucheary berkata Sekolah Rendah Mayflower telah dipilih antara lain kerana ia berdekatan Sekolah Menengah Beatty di Toa Payoh, yang turut mengambil pelajar pekak yang menggunakan bahasa isyarat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >