MASYARAKAT Muslim bukan sahaja di Singapura, malah di serata dunia telah melahirkan keprihatinan berhubung komen-komen daripada Amerika Syarikat, terutama yang mencerminkan Muslim secara negatif dan menyamakan Islam dengan pengganasan.
Bercakap kepada wartawan semasa satu majlis iftar di Kelab Masyarakat Chong Pang semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengongsi bagaiman seorang ustaz kanan bertanyakan pandangannya mengenai komen-komen tersebut dan apakah pendekatan yang diambil pemerintah negara ini.