Muslim Singapura turut terharu

MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) berserta masyarakat Muslim Singapura amat terharu dengan pemergian Encik Lee Kuan Yew, dan melahirkan rasa simpati serta salam takziah kepada Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong serta keluarganya.

Masyarakat Muslim amat menghormati mendiang Encik Lee sebagai seorang pemimpin dan pembangun negara.

Sebagai Perdana Menteri pertama Singapura, Encik Lee memimpin pemerintah dariapda 1959 hingga 1990 dan mengubah Singapura daripada sebuah negara dunia ketiga menjadi sebuah bandar maju bertaraf dunia pertama - meskipun dengan jumlah penduduk yang kecil, ruang tanah yang terhad serta sumber yang sedikit.

Sebagai sebuah negara maju, Encik Lee menyokong dan membantu masyarakat Melayu/Islam membangun.

Antara sumbangannya termasuk menyelaras pembentukan Muis selaku sebuah badan berkanun apabila Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) mula berkuat kuasa pada 1968.

Beliau akan sentiasa diingati di atas sokongan kuatnya kepada Skim Dana Pembangunan Masjid pada 1975, yang membantu masyarakat bersatu dan memperkukuh institusi masyarakat utama ini ketika tempoh perbandaran dan pengindustrian pesat membangunan.

Kepimpinan Encik Lee menyumbang kepada pembangunan eonomi, kemajuan dalam bidang pendidikan, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Masyarakat Muslim Singapura juga telah membangun dan makmur sejajar dengan Singapura, dan telah meraih penghormatan dalam arena antarabangsa sebagai sebuah masyarakat minoriti berjaya dalam sebuah negara sekular.

Kami bersama negara berdukacita di atas pemergian seorang negarawan dan pemimpin yang hebat.

Peringatan dan doa kami kepada Encik Lee Hsien Loong serta keluarganya semasa tempoh sukar ini.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.