Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mutu udara Singapura cecah tahap tidak sihat buat kali pertama sejak 2019

Oct 07, 2023 | 05:48 PM



Mutu udara di Singapura mencapai tahap tidak sihat buat kali pertama sejak 2019 pada Sabtu.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) 24 jam berada dalam lingkungan antara 66 dengan 119 pada 4 petang, dengan paras tertinggi direkodkan di bahagian timur Singapura.

Bacaan PSI 101 hingga 200 adalah dalam lingkungan tidak sihat, dengan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan kegiatan luar.

Cik Rachel Ong, seorang pelajar berusia 18 tahun yang tinggal di Bedok, berkata beliau bangun daripada tidur dan menyedari jerebu di luar tingkapnya.

“Jerebu pada 9 pagi sangat tebal hingga saya tidak dapat melihat blok yang berdekatan,” katanya.

Seorang penduduk Marine Parade, Cik Hairiyah Ismail, berkata:

“Beberapa hari kebelakangan ini keadaan agak berjerebu, terutamanya apabila saya melihat kawasan pusat bandar daripada tingkap flat saya di tingkat 25.”

Broker berusia 70 tahun yang menghidap semput dan berasa tidak sihat minggu lalu, menyatakan beliau menghidupkan penapis udara di rumahnya selepas melihat laporan mengenai PSI tidak sihat di timur.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat malam, NEA berkata mereka akan mula memberikan nasihat jerebu harian mulai Sabtu petang selepas jumlah titik panas di Sumatera meningkatkan kemungkinan jerebu hujung minggu ini.

Agensi itu berkata bahawa 212 titik panas dikesan pada Jumaat - meningkat daripada 65 pada Khamis dan 15 hari sebelumnya.

Mutu udara bertambah buruk berikutan perubahan arah angin pada Jumaat petang yang menyebabkan sebahagian daripada jerebu ringan bertiup ke arah Singapura.

Ini berdasarkan imej satelit yang menunjukkan kepulan asap dan jerebu di selatan dan tengah Sumatera.

Kali terakhir PSI melebihi 100 adalah pada September 2019.

Keadaan jerebu paling teruk di Singapura dialami pada 2015, apabila PSI 24 jam melebihi 300, iaitu tahap berbahaya, pada 24 September. Kementerian Pendidikan (MOE) menutup semua sekolah rendah dan menengah pada hari berikutnya.

HomeTeamNS, dalam catatan Facebook pada Sabtu pagi, berkata bahawa acara larian tahunan Real Run 23 terpaksa diubah suai berikutan keadaan jerebu yang bertambah buruk.

Perlumbaan kompetitif 10 kilometer anjurannya akan ditukar kepada larian bukan pertandingan. Dua lagi kategori perlumbaan – larian 5 kilometer bukan pertandingan dan berjalan kaki sejauh 2.4 km – akan diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >