MUTU udara di Singapura memasuki julat tidak sihat pada 11 pagi Selasa (8 September), dengan Indeks Piawai Pencemaran (PSI) selama 24 jam berada pada paras antara 88 dan 101.
Warga tua, wanita hamil dan kanak-kanak dinasihatkan mengurangkan kegiatan luar berpanjangan atau berat, manakala mereka yang mengalami penyakit paru-paru atau penyakit jantung kronik harus mengelak daripada kegiatan itu apabila PSI 24 jam melebihi 100.
PSI 24 jam ukuran mutu udara di sini, dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata pada petang Isnin (7 Sep) bahawa ia dijangka berubah-ubah antara julat sederhana (51 hingga 100) dan paras rendah julat tidak sihat (101-200) pada Sela.
Agensi itu berkata, PSI 24 jam mungkin merosot dek tiupan angin.