SEJAK membuka pintunya pada Mac lalu, pusat Nadi Khidmat di Masjid Al-Muttaqin dan Assyakirin telah mendekati lebih 1,000 keluarga Melayu/Islam yang tinggal di kawasan Jurong dan Ang Mo Kio.
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, juga memerhatikan sebahagian besar keluarga yang dibantu adalah penerima baru yang belum pernah memanfaat program Mendaki atau Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).