Nahas beberapa kenderaan di CTE akibatkan sesak teruk

SATU kemalangan melibatkan beberapa kenderaan sebelum Terowong Cairnhill menyebabkan kesesakan teruk di Ekspreswe Central (CTE) menghala Expressway Ayer Rajah (AYE) pada pagi Jumaat (19 Feb).

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menulis satu tweet pada kira-kira 9.50 pagi bahawa kemalangan itu berlaku selepas keluar Bukit Timah Road dan memaklumkan pengguna jalan raya supaya mengelakkan lorong 1 dan 2.

Pada kira-kira 10.13 pagi, kesesakan dikatakan menjangkau sehingga jalan susur keluar Ang Mo Kio Avenue 5.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kemalangan pada kira-kira 9.30, dan dua ambulans dikejarkan ke tempat kejadian.

Dua mangsa dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH), kata seorang jurucakap SCDF.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.