LALUAN susur keluar ke Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) di East Coast Parkway (ECP) ditutup pagi semalam menyusuli satu kemalangan jalan raya (gambar), menurut tweet yang disiarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Kemalangan melibatkan sebuah lori tunda dan treler itu berlaku di jalan susur keluar ke arah PIE (Tuas) dan Ekspreswe Tampines (TPE) berhampiran Airport Boulevard.