Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas libatkan penunggang Grab kes terbaru kematian tempat kerja

Sep 07, 2022 | 05:30 AM



HANYA dalam tempoh lapan bulan, bilangan kematian di tempat kerja telah melepasi keseluruhan kematian sepanjang tahun lepas, berikutan kematian penunggang penghantaran Grab pada 1 September lalu.



Penunggang motosikal berusia 45 tahun itu meninggal dunia di hospital selepas terlibat dalam kemalangan dengan lori di Hougang.



Kematiannya adalah kematian ke-37 di tempat kerja tahun ini.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata bahawa lelaki itu dalam perjalanan untuk mengambil pesanan untuk pelanggan apabila mangsa berlanggar dengan lori itu.



Kemalangan berlaku di Buangkok Green, menghala ke Sengkang East Road.



Penunggang itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, di mana beliau kemudian meninggal dunia.



Pemandu lori berusia 54 tahun ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, dan MOM berkata dia sedang membantu siasatan polis.



Jurucakap Grab berkata syarikat itu menyedari mengenai kemalangan itu dan sedang berhubung dengan keluarga penunggang untuk memberi sokongan.



Tempoh keselamatan yang dipertingkatkan selama enam bulan diumumkan pada 1 September lalu di tengah-tengah peningkatan yang membimbangkan dalam kematian dan kecederaan berkaitan kerja.



Dalam tempoh ini, syarikat tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru sehingga tiga bulan jika keadaan kerja yang tidak selamat atau kawalan risiko yang lemah didapati berikutan kemalangan di tempat kerja yang serius dan maut.



Ketua eksekutif syarikat-syarikat ini juga mesti mempertanggungjawabkan kesilapan secara peribadi dan bertanggungjawab untuk pembetulan.



Julai lalu, Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon berkata lima pekerja penghantar barangan maut kemalangan jalan raya antara Januari 2021 dan Julai tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >