Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas lif: Tangan wanita tua tidak dapat dicantum semula

Oct 12, 2015 | 01:26 PM



WANITA tua yang tangannya terputus dalam satu kemalangan lif Jurong Jumaat (9 Okt) lepas berada dalam keadaan stabil tetapi perlu menjalani pembedahan bukan pada tangannya sahaja, bahkan kaki.


Tangan kiri Cik Khoo Bee Hua telah terputus apabila wanita berusia 85 tahun itu cuba menghalang pintu lif di Blok 322, Tah Ching Road, daripada ditutup.


Menurut akhbar The Straits Times, doktor di Hospital Universiti Nasional (NUH) tidak dapat mencantumkan semula tangannya selepas pembedahan selama empat jam.


Anaknya, yang memberi namanya hanya sebagai Encik Lee, berkata apabila ibunya jatuh semasa kemalangan tersebut, plat logam di lutut kirinya terjajar dan menyebabkan keretakan tulang.


Semasa pembedahan pada Jumaat malam lalu, plat itu turut diluruskan bagi mengurangkan kesakitan Cik Khoo, dan beliau akan mempunyai satu lagi pembedahan pada Isnin (12 Okt) untuk merawat tulangnya yang retak itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >