Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas maut di New Zealand: Warga Singapura dituduh pandu secara berbahaya

Dec 22, 2015 | 12:57 PM



SEORANG warga Singapura, Lew Wei Kiong, hadir di mahkamah New Zealand buat kali pertama pada Selasa (22 Dis) berikutan kemalangan yang mengorbankan seorang penunggang motosikal.


Lew, 29 tahun, dikenakan empat tuduhan di Mahkamah Daerah Dunedin - satu tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dan tiga tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kecederaan.


Laman Stuff.co.nz menyiarkan gambar Lew meninggalkan mahkamah.


Lew, seorang penganalisis kanan di Lembaga Pasaran Tenaga (EMA), ditahan reman tanpa rayuan. Dia dijadualkan hadir di mahkamah sekali lagi pada 26 Januari.


Lew, yang bercuti di Pulau Selatan New Zealand dengan seorang rakan sekerja wanita berusia 31 tahun, terlibat dalam kemalangan empat kenderaan pada 29 November apabila dia melintasi garisan kuning dua di lebuh raya negeri di Otago Utara, kira-kira 20 kilometer di selatan Oamaru, untuk memotong sekumpulan kereta.


Kereta sewa Toyota itu bertembung dengan dua kereta dan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.


Penunggang motosikal itu, Encik Craig Alan Chambers, 39 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lima orang, termasuk rakan sekerha Lew, cedera.


Jurucakap EMA mengesahkan sebelum ini dua kakitangannya terlibat dalam kemalangan kereta ketika bercuti di New Zealand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >