LELAKI warga India yang terkorban dalam nahas jalan raya yang mencetus rusuhan di Little India terjatuh di hadapan bas yang melanggarnya mungkin akibat beberapa sebab.
Ini termasuk keadaannya yang mabuk dan jalan raya basah ketika itu, kata seorang saintis forensik perunding kanan daripada The Forensic Experts Group, Dr Michael Tay, semasa memberi keterangan pada hari pertama siasatan Jawatankuasa Siasatan (COI) rusuhan tersebut semalam.