Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas trafik libatkan warga emas dan penunggang motosikal naik

NUR DHUHA ESOOF
Jan 29, 2015 | 03:36 PM



LEBIH banyak kemalangan melibatkan warga emas dan penunggang motosikal dilaporkan tahun lalu berbanding 2013.


Dalam satu sidang media, Polis Trafik berkata bilangan penunggang dan penumpang motosikal yang cedera dalam kemalangan jalan raya naik 5.7 peratus - daripada 4,383 kes pada 2013 kepada 4,631 kes tahun lalu.


Warga emas yang terkorban akibat kemalangan jalan raya pula naik 47.1 peratus - dari 17 kepada 25 kes tahun lalu.


Kededua kenaikan itu antara lain disebabkan bertambahnya bilangan motosikal di jalan raya dan bilangan warga emas yang meningkat.


Secara keseluruhan, kemalangan menyebabkan kecederaan tahun lalu naik 2.5 peratus - dari 7,598 kes kepada 7,791.


Namun bilangan ini masih rendah berbanding bilangan lebih 8,000 kes yang dicatatkan setahun dari 2009 hingga 2012.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >