Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nahas tragik di Woodlands ragut nyawa bapa dua anak

Aug 09, 2017 | 05:30 AM



MEREKA biasanya pulang bersama selepas kerja, dengan Encik Md Khairman Md Sabari mengambil isterinya, Cik Nur Elina Sukhaimi, jika beliau tidak perlu bekerja lembur.



Namun kelmarin, Encik Khairman, 30 tahun, pulang sendiri.



Tetapi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, beliau terlibat dalam nahas jalan raya yang meragut nyawanya.



Video yang merakam kemalangan sekitar 7.30 malam di Woodlands dan tersebar di media sosial itu menunjukkan sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan raya dan terbalik, lalu melanggar dua motosikal dan sebuah lori di simpang Woodlands Avenue 12 dan Avenue 1.



Encik Md Khairman, yang menunggang salah satu motosikal itu, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas tersebut.



Jenazahnya dibawa pulang ke rumahnya di Woodlands Rise tengah hari semalam. Lebih 100 teman dan keluarga hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.



Dalam pada itu, polis berkata seorang pemandu berusia 32 tahun telah ditangkap berhubung kemalangan itu.



Laporan lain: Pasangan suami isteri baru pindah ke rumah sendiri...




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >