Naib Presiden China akan hadir upacara pengebumian mendiang Encik Lee

CHINA akan menghantar Naib Presiden Li Yuanchao untuk menghadiri upacara pengebumian negara mendiang Encik Lee Kuan Yew, kata jurucakap Kementerian Luar negara itu Hua Chunying hari ini.

China merupakan antara negara besar dunia terakhir mengumumkan wakilnya.

Pemimpin dunia lain yang bakal hadir adalah Tony Abbot (Australia), Narendra Modi (India) Hun Sen (Cambodia), Prayuth Chan-ocha (Thailand), Thein Sein (Myanmar), Joko Widodo (Indonesia) dan Park Geun Hye (Korea Selatan).

Media Jepun pula melaporkan bahawa Perdana Menterinya, Shinzo Abe, sedang membuat rancangan untuk menghadiri upacara tersebut, lapor laman web The Straits Times.

Delegasi Amerika Syarikat pula diterajui oleh mantan presiden Bill Clinton.

Beliau akan ditemani antara lain oleh mantan Duta ke Singapura Steven Green dan negarawan Amerika Henry Kissinger, rakan rapat mendiang Lee.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.