DARIPADA 10 pemilik yang melebur kereta mereka apabila tempoh sijil hak memiliki (COE) kenderaan tamat, hanya tiga yang membeli kereta terpakai sebagai pengganti.
Menurut pengurus MAZ Motor, Encik Azmi Naiam, mereka yang berbuat demikian terdiri daripada golongan yang semakin senja dan berpendapatan rendah.