Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Najib: Bayaran tol di Tuas mungkin disemak untuk tarik pengguna, kurangkan sesak di koswe

Jan 16, 2018 | 05:57 PM



BAYARAN tol bagi Linkedua di Tuas mungkin akan disemak untuk menarik lebih ramai pemandu menggunakannya bagi mengurangkan kesesakan di koswe pada masa-masa sibuk.



Berkata demikian, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menerangkan beliau dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersetuju keadaan sesak di koswe perlu diteliti dan dihuraikan.



Dalam sidang media bersama di Istana Selasa sempena Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia yang ke-lapan, Datuk Najib berkata terdapat kesesakan yang teruk di koswe pada waktu sibuk dan cuti sekolah



Kesesakan itu - di kedua-dua arah - boleh menyebabkan pengguna terperangkap sehingga empat jam.



Lantaran itulah, isu tol tersebut adalah sesuatu yang sedang dipertimbangkan Malaysia dan sesuatu yang akan cuba diputuskan "secepat mungkin", ujar beliau.



Bayaran tol di Linkedua antara $3.20 untuk kereta dan $14.70 untuk kenderaan berat. Tol yang dikenakan Malaysia di Linkedua ialah RM7.50 ($2.50)



Pada 2010, trafik antara sempadan di Linkedua meningkat setelah bayaran tol dikurangkan sebanyak 30 peratus. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >