Najib beri penghormatan kepada mendiang Lee

PERDANA Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di bangunan Parlimen untuk memberi penghormatan terakhirnya kepada mantan Perdana Menteri Singapura mendiang Encik Lee Kuan Yew.

Ditemui di luar bangunan tersebut selepas lawatannya itu, Datuk Seri Najib berkata beliau menganggap mendiang Encik Lee sebagai seorang individu yang hebat dan kepemimpinan, wawasan, kegigihan serta ketabahannya membantu membentuk Singapura moden... dengan ekonomi yang maju dan mempunyai kedudukannya tersendiri dalam dunia.

"Semua warga Singapura banyak terhutang budi kepadanya.

"Encik Lee juga telah membentuk Asia Tenggara sebagai rantau yang aman dan makmur.

"Beliau akan menjadi antara individu hebat yang tercatat dalam sejarah, dengan wawasan dan kepemimpinannya membantu menjadikan dunia ini tempat lebih baik.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Singapura," kata beliau yang tiba pada sekitar tengah hari bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.