Najib di S'pura bagi Rahat Pemimpin

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini berada di Singapura bagi menghadiri Rahat Pemimpin ke-6, bersama-sama Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua mereka akan mengadakan pertemuan empat mata yang kemudiannya disusuli dengan mesyuarat perwakilan dengan kedua-dua pihak akan membincangkan pelbagai isu dua hala kepentingan bersama dan menyemak perkembangan kerjasama hubungan dua hala sedia ada, termasuk inisiatif yang dipersetujui semasa sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin 2014.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia hari ini, Memorandum Persefahaman antara Malaysia dan Singapura Mengenai Kerjasama dalam Pembangunan Keupayaan Dalam Pencarian dan Penyelamatan Urban dan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian antara Malaysia dan Singapura Mengenai Pembinaan dan Operasi Terminal Feri dan Perkhidmatan Feri antara Semenanjung Malaysia dan Singapura akan ditandatangani pada sesi pemukiman itu. - Utusan Online.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.