Najib: MOU projek kereta api laju Singapura-KL dimeterai pertengahan 2016

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Singapura menjelang pertengahan tahun ini (2016) berhubung pembangunan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) yang menghubungkan dua negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kami menjangka menandatangani MOU (itu) pada pertengahan tahun ini dengan Singapura," katanya.

Dalam ucaptama pada acara Invest Malaysia ke-12 (IMKL2016) di sini pada Selasa (12 April), Datuk Seri Najib berkata projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 akan kekal tidak terjejas walaupun kerajaan perlu menyemak semula belanjawan dan mengurangkan perbelanjaan sebagai respons kepada penurunan harga minyak mentah.

Beliau berkata kerajaan telah menyusun pengurangan perbelanjaan dalam cara yang ia tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan awam.

"Hubungan HSR link ke Singapura; Lebuh Raya Pan Borneo; LRT dan MRT; Pengerang di Johor - itu semua masih akan diteruskan... Kami memerlukannya," kata beliau, sambil menambah bahawa projek-projek itu akan menjadi sebahagian daripada masa depan Malaysia.

"Oleh itu, adalah jelas bahawa kami mempunyai pelan ekonomi, bahawa ia berkesan, dan bahawa ia masih berjalan. Ia adalah pelan jangka panjang yang berkesan bagi manfaat rakyat Malaysia bukan hari ini sahaja, bahkan esok, dan pada tahun dan dekad akan datang," katanya. - The Star/Asia News Network.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.