Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Najib: Pencapaian Encik Lee hebat dan legasinya terpelihara

Mar 23, 2015 | 04:08 PM



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memuji kesungguhan mendiang Encik Lee Kuan Yew sebagai seorang pemimpin yang membangunkan Singapura daripada sebuah negara dunia ketiga kepada sebuah negara moden dan dinamik.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Datuk Najib berkata beliau sedih mendengar berita kematian perdana menteri pertama Singapura itu.


"Ingatan dan doa saya bersama Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan keluarga. Saya memberi penghormatan kepada kesungguhan Tuan Lee Kuan Yew dalam membangunkan Singapura daripada sebuah negara baharu kepada bandar raya yang moden dan dinamik kita lihat hari ini," katanya.


Datuk Najib juga berkata, Malaysia komited kepada masa depan hubungannya dengan Singapura, selain komited kepada keamanan, kestabilan dan berkongsi kemakmuran antara kedua buah negara dan di kalangan negara ASEAN secara keseluruhannya.


Dalam catatan Facebooknya pula, beliau menyifatkan pencapaian Encik Lee sebagai hebat dan legasinya tetap terpelihara. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >