Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Najib suruh menteri kurangi megah dan gah, berhemah dalam laksana program

Jan 07, 2016 | 02:20 PM



PUTRAJAYA: Kurangkan kemegah, gilang-gemilang dan kegahan, tetapi pastikan program masih ada kesannya ke atas rakyat.


Itulah teras mesej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, kepada kabinetnya pada mesyuarat pertama mereka tahun ini, yang dipengerusikan beliau pada Rabu (6 Jan).


Datuk Seri Najib mahu menterinya memastikan kementerian masing-masing melaksana perbelanjaan berhemah berikutan ekonomi global yang lemah dan tidak menentu.


Beliau memberitahu mereka bahawa kementerian harus memastikan tiada pembaziran dan walaupun program perlu diteruskan, ini harus dilakukan pada skala lebih kecil, namun tetap berkesan.


"Beliau mahu melihat kementerian berbelanja dengan bijak dan hanya bagi perkara keperluan," kata seorang menteri.


"Itulah yang saya ingin lakukan dan akan sampaikan mesej Perdana Menteri kepada kakitangan.


"Penting untuk semua penjawat awam memainkan peranan mereka bagi memastikan peruntukan telah dibelanjakan dengan bijak."


Beliau berkata Datuk Seri Najib, bagaimanapun, tidak menyentuh soal menyemak semula bajet 2016 berikutan kejatuhan harga minyak.


Mesyuarat selama tiga jam itu dihadiri semua 36 menteri, menghadiri, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Dalam mengenang kembali tahun 2015, Datuk Seri mengingatkan kabinetnya bahawa tahun ini akan menjadi lebih mencabar bagi kerajaan.


"Oleh itu, kita perlu memastikan rungutan rakyat diselesaikan sebanyak mungkin," kata seorang lagi menteri lain.


"Perdana Menteri mahu isu paling kecil sekalipun diurus oleh kementerian."


Beliau berkata Datuk Seri memimpin melalui teladan apabila beliau melawat sebuah sekolah selepas mesyuarat itu untuk memeriksa kerja pembaikannya.


Pada Oktober lalu Najib membuat lawatan mengejut ke sekolah itu dan berjanji menaik taraf bangunannya demi faedah muridnya yang seramai 280 orang.


"Beliau juga mengingatkan kita sekali lagi supaya turun padang untuk berinteraksi dan mendengar suara rakyat," kata menteri itu.


"Kami semua sedar 2016 akan menjadi tahun mencabar. Sebagai menteri, kami bersedia bekerja untuk memastikan rakyat puas hati dan mempunyai keyakinan berterusan pada kerajaan," tambahnya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >