Najib umum strategi tingkatkan pertumbuhan

PETALING JAYA - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan beberapa strategi utama untuk mengekalkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi hari ini, Selasa.

Menurut beliau, kerajaannya akan terus mencari jalan untuk memastikan negaranya menikmati pertumbuhan selain memastikan warga dijaga dan dilindungi.

Antara langkah utama yang diumumkan Datuk Najib termasuk:

* Program Latihan Perkhidmatan Nasional 2015 dihentikan bagi menjimatkan RM400 juta ($150 juta), manakala programnya disemak dan dipertingkatkan;

* Visa percuma bagi pelancong, termasuk dari China, dalam satu strategi untuk meningkatkan industri pelancongan;

*Levi pekerja asing disemak;

*Keutamaan diberikan kepada kontraktor-kontraktor setempat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Perusahaan Pembinaan bagi projek-projek yang ditender;

*Kontraktor setempat diberi tugas untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan di kawasan-kawasan yang dilanda banjir;

*Meningkatkan promosi barangan buatan Malaysia;

*Memanjangkan tempoh penjualan mega seluruh negara; dan

*Menggalak pelancongan domestik menerusi harga penerbangan domestik yang kompetitif. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.