Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak ambil amah? Kini boleh periksa agensi pembantu rumah 'bagus'

Sep 08, 2016 | 07:49 AM



MEREKA yang ingin menggajikan pembantu rumah kini boleh memeriksa keberkesanan sesebuah agensi pembantu rumah, dengan adanya sistem penilaian baru berdasarkan markah yang diberi terhadap agensi oleh pelanggan mereka.



Maklumat ini boleh didapati di direktori dalam talian agensi pembantu rumah Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Setiap agensi boleh mendapat penilaian satu hingga lima bintang, dengan lima merupakan markah tertinggi.



Sistem penarafan ini, yang diumumkan pada Mac, sebahagian daripada usaha berterusan meningkatkan taraf industri itu. MOM berkata keputusan penarafan akan memaklumkan agensi mengenai bidang tertentu yang mereka perlu memperbaiki.



Direktori itu mempunyai kira-kira 1,455 agensi tetapi hanya sekitar 580 menerima penilaian sejak MOM mula meninjau majikan pada Jun.



Salah satu sebabnya ialah penilaian diterbitkan hanya apabila sekurang-kurangnya tiga ulasan diterima.



Selain itu, majikan diminta menilai agensi hanya tiga bulan selepas mereka menggajikan pembantu rumah daripada agensi tersebut.



Terdapat kira-kira 20,000 majikan dan mereka ditinjau melalui SMS. Setakat ini, kira-kira 10,000 telah respon, menurut jurucakap MOM.



Mereka diminta menilai agensi berkaitan empat bidang perkhidmatan, termasuk sebaik mana agensi menjelaskan tentang proses permohonan, yuran, kontrak perkhidmatan dan kontrak pembantu rumah itu, serta sebaik mana agensi u dapat mencarikan pembantu rumah sesuai.



Semua 20 agensi terbesar - mengikut jumlah pembantu rumah yang diambil daripada mereka tahun lalu - mendapat markah kurang daripada empat.



Agensi yang mendapat markah paling rendah termasuk Niraz Agency Services, VROS Employment, Faith Recruiters, Premium Management Services dan Bala's Employment Agency.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >