Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak beli kondo baru 'tak laku'? Mungkin sekarang masanya

Jan 20, 2016 | 09:20 AM



HARGA kondo telah mula dikurangkan sedang pemaju hartanah menghadapi kemungkinan membayar Cukai Setem Pembeli Tambahan (ABSD).


Kemungkinan pembeli dapat menikmati beberapa tawaran sekarang dicetuskan oleh tarikh ABSD diperkenal - 8 Disember 2011.


Ia menetapkan pemaju mempunyai lima tahun untuk menyiapkan sesebuah projek kediaman dan menjual semua unitnya. Jika tidak, mereka perlu membayar ABSD.


Pada mulanya ABSD ialah 10 peratus daripada harga pembelian dari tapak tetapi ia dinaikkan kepada 15 peratus pada 12 Januari 2013.


Tempoh lima tahun pertama ABSD ialah akhir tahun ini.


Projek The Trilinq (gambar) dipercayai tapak pertama di bawah peraturan itu yang masih mempunyai banyak unit tidak terjual, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (20 Jan).



Harga median 20 unitnya yang dijual pada suku keempat tahun lalu ialah $1,329 sekaki persegi (psf), turun daripada $1,545 psf bagi lapan unit yang dijual apabila projek itu dilancarkan pada suku pertama 2013.


Sebanyak 220 daripada 755 unit projek di Clementi itu telah dijual hingga akhir tahun lalu.


Di Mon Jervois, yang akan dikenakan ABSD awal tahun depan, harga median dua unit yang dijual pada suku keempat tahun lalu ialah $1,852 psf, turun daripada $2,087 psf bagi sembilan unit yang dijual apabila ia dilancarkan pada suku kedua 2013.


Sebanyak 46 daripada 109 unit projek itu telah dijual hingga akhir tahun lepas.


Di Kingsford@Hillview Peak, yang boleh dikenakan ABSD mulai awal tahun depan, harga mediannya ialah $1,288 psf bagi 23 unit yang dijual suku lalu, jatuh daripada $1,340 psf bagi 97 unit yang dijual pada suku kedua 2013.


Sebanyak 242 daripada 512 unit projek itu telah dijual hingga akhir tahun lepas.


Secara keseluruhan, tidak terlalu banyak projek perlu membayar ABSD tahun ini kerana mereka biasanya dijual dengan baik jika dilancarkan sebelum separuh kedua 2013, atau sebelum Nisbah Pembayaran Hutang Keseluruhan (TDSR) dikenakan, kata Pengarah R'ST Research, Encik Ong Kah Seng.


Pemaju projek di tapak Jualan Tanah Pemerintah (GLS) mungkin terpaksa membayar ABSD hingga $39.6 juta tahun ini, kira-kira $566 juta tahun depan, dan hingga $568 juta pada 2018, katanya.


Projek yang dibina di atas tapak bukan GLS boleh menanggung ABSD mulai akhir tahun ini dan awal tahun depan.


Beberapa pemaju telah meningkatkan insentif kepada ejen untuk menggalak jualan, kata Ketua Penyelidikan bagi Singapura dan Asia Tenggara CBRE, Encik Desmond Sim.


ABSD dikenakan walaupun hanya satu unit belum dijual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >