Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak beriani kambing halal sihat bagi pesakit kencing manis?

Jan 05, 2017 | 12:19 PM



PELAJAR Politeknik Temasek telah menghasilkan pelbagai makanan mesra pesakit kencing manis, dan sedang berusaha bersama NTUC untuk meluaskannya.



Buat permulaan, makanan halal rendah indeks glisemik (GI) - daripada nasi beriani beserta daging kambing hingga mi jelas, atau vermiseli, dalam sup herba - akan dijual di kedai NTUC Foodfare di dua lokasi, Mapletree Business City dan National University Health System.



Ia juga akan disediakan di Rumah St Joseph dan rumah jagaan NTUC Health.



Dua pihak itu menandatangani satu perjanjian dalam satu majlis pada Khamis yang dihadiri Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung.



Dalam majlis itu, Encik Ong bercakap mengenai kepentingan inovasi dalam setiap sektor, dan industri bekerjasama dengan institusi tempatan untuk berbuat demikian.



Politeknik itu juga telah menghasilkan aneka piza beku rendah GI dalam enam perisa, yang akan dijual di pasar raya FairPrice.



Pengarah sekolah sains gunaan politeknik itu, Dr Lee Chee Wee, berkata: "Kami mengalu-alukan kerjasama ini menyediakan diet dan dan pemakanan alternatif lebih besar untuk rakyat Singapura hidup lebih sihat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >