Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak tahu tentang MediShield Hayat? Pergi aje ke CC

Nov 03, 2015 | 08:54 AM



Anda tidak pasti mengenai skim insurans nasional baru - MediShield Hayat?


Pergi saja ke kelab masyarakat (CC) terdekat anda bagi mendapatkan penjelasan.


Sesi rundingan seorang ke seorang itu akan diadakan setiap minggu di 39 CC dan pusat jawatankuasa penduduk di seluruh Singapura bagi membantu menerangkan skim insurans kesihatan wajib tersebut.


Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Chan Chun Sing, berkata pada Isnin (2 Nov) perundingan itu, berbanding dialog awam, akan membantu penduduk memahami "maklumat lebih mendalam" tentang MediShield Hayat, yang menggantikan MediShield mulai 1 November.


Encik Chan, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar dan Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA), meninjau satu sesi perundingan itu di CC Tanjong Pagar.


Sesi tersebut diadakan PA dan Persatuan Pengamal Insurans dan Kewangan Singapura (Ifpas).


Ia dimulakan di bawah projek printis di GRC Tanjong Pagar mulai Julai, dan dilanjutkan pada Isnin ke enam lagi GRC - Ang Mo Kio, Bishan-Toa Payoh, Chua Chu Kang, Marine Parade, Nee Soon dan Tampines.


Sesi itu akan dilaksana di kebanyakan CC secara berperingkat menjelang tahun depan.


Dalam perundingan itu, sukarelawan Ifpas tidak dibenar menjual polisi insurans, bertukar-tukar nombor telefon peribadi atau mempromosikan Pelan Perlindungan Bersepadu mana-mana syarikat tertentu.


Kakitangan PA, pemimpin Ifpas dan sukarelawan akar umbi akan berada di lapangan bagi memastikan garis panduan itu dipatuhi.


Menurut akhbar The Straits Times, Presiden Ifpas, Encik Leong Sow Hoe, berkata lebih 1,000 penduduk telah menghadiri sesi mingguan itu sejak ia diperkenal pada Julai.


Kebanyakan mereka warga emas, katanya.


Sesi percuma itu diadakan setiap hari Isnin dari 7 hingga 9.30 malam.


Mereka yang berminat boleh membuat janji temu di CC masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >