Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Nak tengok NDP? Tiket boleh dimohon mulai Jumaat

NDP
May 11, 2016 | 12:06 PM



WARGA dan Penduduk Tetap (PR) Singapura boleh memohon tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini dan dua acara previunya mulai Jumaat (13 Mei).



NDP tahun ini akan kembali ke Stadium Negara selepas 10 tahun. Sebelum ini, ia diadakan di platform terapung Marina Bay dan di Padang selepas Stadium Negara lama dijadualkan untuk dirobohkan.



Perbarisan kali ini menjanjikan acara kemuncak seperti penggunaan teknologi tanpa pemandu, pertunjukan udara melibatkan prop dan penghibur, dan bunga api tertutup, kata seorang jurucakap.



Previu akan diadakan pada 23 dan 30 Julai, manakala perbarisan rasmi pada 9 Ogos, Hari Kebangsaan Singapura.



Permohonan boleh dihantar melalui SMS, di laman web rasmi NDP (www.ndp.org.sg) atau di stesen SAM dan AXS.



Untuk memohon melalui SMS, butiran harus dihantar kepada 8240-0050 dalam set format seperti berikut: JARAK JARAK JARAK JARAK



Jawapan melalui SMS akan dihantar bagi mengesahkan penerimaan.



Setiap pemegang kad pengenalan terhad kepada satu permohonan. Tiket akan diperuntuk oleh sistem undi elektronik, dan setiap tiket ialah bagi satu orang.



Kanak-kanak dan bayi juga mesti mempunyai tiket.



Pemohon berjaya akan dimaklumkan dari 2 hingga 8 Jun melalui nombor telefon yang diberi mereka kan dalam permohonan mereka.



Tiket boleh diambil dari 10 hingga 19 Jun dari 10 pagi hingga 9 malam di Kallang Wave Mall Atrium dan tidak boleh dijual.



Permohonan ditutup pada 22 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >