WALAUPUN harga tiket bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara kelab Juventus dengan pasukan Pilihan Singapura mencapai sehingga $180, beberapa peminat bola sepak setempat menganggap harga itu tidak tinggi bahkan berpatutan.
Ini kerana mereka yang membeli tiket itu dapat menyaksikan aksi barisan pemain handalan kelab gergasi Eropah dari Italy itu dengan permainan yang dijangka menarik.