MAHKAMAH Rendah kini akan dikenali sebagai Mahkamah Negara dan pejabat Ketua Hakim Mahkamah Daerah akan dinaik taraf kepada yang dipimpin seorang hakim atau pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi.
Tahap kelayakan akan juga dipertingkat bagi pegawai kehakiman, yang kini perlu pengalaman guaman minimum tiga tahun sebelum boleh berkhidmat sebagai majistret, berbanding hanya setahun kini. Bagi hakim-hakim daerah, tempoh minimumnya kini adalah tujuh tahun, berbanding lima tahun sebelum ini.